ASSALAMUALAIKUM

salamzulaikha.blogspot.com

Sabtu, 20 Oktober 2012

SERAM KERR !

Salam.....
Malam nie tertiber jerr nak update pasal hantu..hihihihi
bukan apa 2 3 hari nie aku asyik dengar orang cerita pasal hantu, aku nie penakut jugak sebenarnya tapi takut bertempat..Alhamdulillah aku nie bukan penakut sangat cuma aku takut monyek jer dekat ukm nie, sebab bulu dia geli...hehehe
minggu lepas adik aku ada call masa tu sesuai benar dahlah my roomate tersayang balik rumah ( maklumlah rumah dekat kan :D), aku masa tu duduk ler sesorangkan ada ke patut adik aku tu cerita pasal hantu...mangkuk betul adik aku tuu...dia gi berkhemah dekat hutan besut apa ke nama entahlah....2 malam 3 hari perkhemahan tu berlaku, sebenarnya adik aku nie penakut giler...hahaha...dia cerita malam tu selepas semua penat menjalankan aktiviti yang banyak tu...lepas magrib tu semua letih, tapi malam tu ada majlis bacaan yasin dengan solat sunat bersama-sama....tp ada seorang kawan perempuan adik aku nie...tiba-tiba dia deman cikgu adik aku pun suruhlah dia makan ubat dan rehat...pastu semua tinggal dia dalam khemah untuk sembahyam  dan baca yasin kan..semasa semua sedang khusyuk baca yasin tu kan tiba-tiba terdengar orang menjerit...pastu semua orang pun kecut perutlah kan yelah semua budak-budak lagi...pastu cikgu baru teringat yang itu mungkin kawan adik aku tu kan...lepas tu 2 orang cikgu pergilah ke khemah budak perempuan tu..sampai disana diorang terkejut sebab pintu khemah terbukak luas dan kawan adik aku nie dalam keadaan pelik..mata dia putih sepenuhnya..cikgu adik aku nie takot giler diorang pun lari dan pergi bagitahu ustaz apa yang terjadi, ustaz tu pun bergegas ke sana tapi terkejut sebab budak tu xde disitu...malam tu semua kelam kabut sebab cikgu kena cari budak yang hilang dipercayai kena rasuk dan yang lain lagi kena  jaga bebudak yang tinggal nie..semua bimbang takut rasukan tu berjangkit, tapi alhamdulillah sebab tidak ada budak yang kena selain budak tu...malam tu adik aku kena style beramai-ramai dalm satu khemah sambil baca yasin ditemani oleh beberapa orang cikgu....
berbalik kepada budak hilang tu kan...lepas kejadian dia hilang tu...ustaz dia pun call pihak yang uruskan tempat tu untuk membantu mencari budak yang hilang secara tiba-tiba itu....selepas 10 minit tunggu barulah mereka tiba dengan beberapa orang pakar dalam menguruskan orang yang terkena rasukan nie...lama diorang berlegar-legar dalam hutan tu kira-kira 3 jam baru jumpa budak tu....budak tu dijumpai dekat tepi sungai selepas ustaz-ustaz nie baca azan beramai-ramai...alhamdulillah akhirnya jumpa jugak budak nie...keadaan budak nie sangat pucat dan ada kesan calar di seluruh badannya dan dijumpai dalam keadaan pengsan.....selepas jumpa budak tu dihantar ke klinik berdekatan...selepas sehari berada di klinik tu barulah semua tahu kisah sebenar yang berlaku...
budak perempuan tu cerita....dia sakit kepala giler sampai nak pecah katanya dia pun cakaplah dekat kawan dia supaya cakap dekat cikgu, lepas tu cikgu bagi ubat dan dia pun tertidur selepas tu...tiba-tiba dalam keadaan pening tu dia terdengar orang bukak pintu khemah dia pun bukak lah mata dia nampak seseorang depan dia tapi orang tu tidak berpaling ke arahnya, dia pun tanya sapa sebab dia memang tak perasan tu sapa sebab dia pening sangat dan matanya nampak kabur je yang jelas dia nampak seorang perempuan yang pakai baju t-shirt putih dan lepaskan rambutnya, dia tanya sebanyak 3 kali tapi tak dijawab dia pun geram lalu tutup mata dia menggunakan tuala untuk meneruskan tidur sebab kepalanya sakit sangat..tapi orangnya tiba-tiba tarik tuala yang menutupi matanya, dia terkejut giler sebab muka orang didepannya itu buruk giler, tak lama kemuadian dia tiba-tiba rasa macam badannya sakit giler dan dia nampak macam orang tu masuk ke dalam badannya dan dia pun menjerit meminta tolong..lepas tu dia tak ingat apa yang sudah terjadi...tak tahulah cerita nie betul x..cerita nie adik aku yang cerita, dia kata kawan dia sendiri yang cerita dekat dia....tapi apa yang pasti ada sebab kenapa ia berlaku.....keep the faith.
inilah cerita yang adik aku semangat giler duk telefon aku malam tu...giler betullah... nie mesti cubaan nak takutkan aku, yelah aku kan setiap minggu kena duk sesorang...huhuhu,,,inilah nasib dduk jauh daripada family...
apa yang pasti kita jangan cakap besar dan sentiasa beringat apabila berada sesuatu lebih-lebih lagi hutan atau di ukm @ di mana-mana  sahaja yer....tapi yang pasti kita kena amalkan beberapa ayat agar kita tidak mudah terkena benda-benda macam nie...insyallah update aku lepas nie aku akan share kan ayat apa yang patut kita amalkan sebagai pendinding diri, terutamanya orang yang berada di asrama.... :)

2 ulasan:

  1. meremang bulu roma dah nie. kehkehkeh. btw SM done follow sini, jemput singgah ke blog kalau sudi ye. hppy blogging dear :)

    BalasPadam
  2. hahaha..dah follow SM....baru cuba blogging nie..hha

    BalasPadam