ASSALAMUALAIKUM

salamzulaikha.blogspot.com

Isnin, 3 Disember 2012

STRESS BAGAIMANA PETANDANYA

SALAM........
sejak akhir-akhir nie semuanya kerja nak cepat sebab beberapa minggu lagi dah nak study week lepas tu exam...masa nielah banyak assignment yang selama nie kita ambik sambil lewa tiba-tiba minggu depan kena submit so kena rushing nak siapkan semuanya....masa nie dahlah banyak assignment baru datang, perbentangan pun ada, aktiviti koko pun banyak semuanya dalam satu masa..dulu masa kita bersenang lenang xde plak kan semua nie datang...biasalah adat belajar kan..so mesti kita penat akhirnya stress dengan semuanya..lebih-lebih lagi masa nie lah laptop nak rosak..adoii boleh jadi giler tu.......
Di sini saya ingin berkonsgsi bagaimana untuk mengetahui bahawa kita stress....( dapat dari pakar motivasi ni)

Adakah anda semua mengalami semua nie :P?
1. Gejala stress mental – Lemah perhitungan, masaalah ingatan, kurang upaya tumpuan, hanya nampak yang negatif, resah dan berfikiran kelamkabut, selalu risau.
2. Petanda stress emosional  moody, rasa rimas dengan masaalah, kurang ceria, mudah marah, cepat meradang, susah nak releks, rasa terpencil dan kesorangan, murung dan tak gembira.
3. Tanda fizikal stress – sakit anggota, tegang bahu dan leher, pening dan pinar, hilang daya seks, kerap demam atau sakit, ceret beret atau sembelit, sakit dada, degupan jantung leju.
4.  Gejala stress terhadap tingkah laku – Makan berlebihan atau hilang selera, mengasingkan diri dari orang lain, terlalu banyak atau terlalu kurang tidur, suka menunda kerja atau tidak menunaikan tanggungjawab, menggunakan rokok, dadah atau alkohol untuk releks, tabiat gemuruh seperti mengigit kuku atau  kepak jari.
Dan kepada sesiapa yang mengalami perkara diatas bolehlah mencari pelbagai cara untuk menanganinya.....sebenarnya stress nie boleh berpunca daripada pelbagai cara..mungkin kita suka buat kerja last minit jadi ia menjadi satu beban yang berat apabila masa nielah semu kerja nak kena siap dalam satu masa, sedangkan masa kita sehari 24 jam jer..tak termasuk buat perkara lain lagi kan..sebab tu kita selalu rasa yg masa berlalu terlalu cepat tapi kerja tak siap lagi.....oleh sebab itu cuba elakkan diri daripada melakukan perkara last minit barulah tak tertekan untuk menyiapkan segala assignment...
untuk itu saya sediakan beberapa tip yang mungkin berguna untuk kita menangani stress ( sy selalu merujuk tip nie apabila stress) :
1) sentiasa bersangka baik dengan Allah S.W.T..pasti kita akan rasa tenang.
2) selalu berdoa kepada Allah S.W.T terutamanya semasa kita susah hati.
3) dan sentiasalah bersangka baik..jika kita selalu curiga, tak percaya pasti hati kita tak tenangkan.
4) sentiasalah yakin dengan diri kita sendiri, pasti kita tak stress terutamanya bile time buat kerja kan jangan bandingkan diri kita dengan orang lain, kalau kita bandingkan dengan orang lain pasti kita rasa rendah diri...yakin yg kita lakukan cara kita orang lain cara mereka sendiri..so jadilah diri sendiri.
5seterusnya bersenam, sebenarnya bersenang boleh menghilangkan tekanan diri..selain ia menyihatkan..
6) dan menangis sepuas hati juga boleh menghilangkan segala keserabutan yang bermain di minda dan hati kita..oleh itu untuk meredakan perasaan tekanan kita boleh menangis..insyallah selepas menangis kita akan berasa tenang.
sebenarnya banyak lagi tip-tip cara tangani stress tapi tip di atas ialah cara yg selalu sy gunakan untuk hilangkan stress terutamnya sekarang time byk assigment yg perlu disiapkan....dan tulis blog dan baca blog juga cara saya menangani stress,,,,oleh itu kepada sesiapa yg ada masalah tekanan kerana byk sangat kerja ambil sedikit masa untuk melakukan perkara yg kita suka..insyallah segala masalah akan selesai....Amin !