ASSALAMUALAIKUM

salamzulaikha.blogspot.com

Isnin, 31 Disember 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2013!

                             
SALAM....Alhamdulillah pejam celik pejam celik hari nie dah tahun baru, sekejap jer kan masa berlalu.....banyak lagi benda yang tak tercapai tahun lepas........makin meningkat lagi ler usia kita yer :(.....sedih sebab banyak lagi impian yg tidak tercapai....ermmm apa pun hidup harus diteruskan...perkara yang membuatkan kita sedih, marah @ tak puas hati baik kita lupakan, tutup buku lama bukak buku baru.......impian baru @impian yg masih tidak tercapai masih boleh kita tunaikan di tahun 2013, Insyallah!
yang penting tahun 2013 aku nak jadi lebih baik dr tahun 2012!!!!...
Dan kedatangan tahun 2013 nie maka  berakhirlah kepercayaan sesetengah manusia yang percaya bahawa tahun 2012 dunia akan kiamat, sejak beberapa tahun kebelakangan ni kita tgok ramai yg percaya akan kenyataan tu kan..lebih-lebih lagi ada mereka yg sedang menghasilkan filem kiamat maya ...kerana terlalu ramai yg percaya akan cerita itu...maka ada yg mengambil kesempatan...huhuhuhu
mereka percaya bahawa 21 Disember 2012 dunia bakal kiamat!iaitu mereka yang percaya kpd kalender suku maya...sehingga semasa 21 disember menghampiri mereka yang mempercayainya tak makan minum kerana takut dunia akan kiamat dan ada yg nak bunuh diri....orang islam pun ada yg percaya kenyataan ini, sepatutnya kita hanya percayakan Allah S.W.T bukannya kalender maya nie......kan dlm Al-Quran dah jelas mengatakan bahawa tdpt tanda-tanda kecil dan besar sebelum berlakunya kiamat!....kalau kita lihat tanda-tanda kecil kiamat dah byk berlaku jadi hanya Allah S.W.T yg tahu bila berlakunya kiamat.( nie sekadar peringkatan dan pengetahuan kita bersama)

                        TANDA-TANDA BESAR KIAMAT!
     Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”.

Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat“.

Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya“. Kemudian beliau menyebutkannya:

  • Asap,
  • Dajjal,
  • Binatang,
  • terbit matahari dari tempat tenggelamnya,
  • turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
  • Yakjuj dan Makjuj,
  • tiga kali gempa bumi, sekali di timur,
  • sekali di barat dan
  • yang ketiga di Semenanjung Arab
  • yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R. Muslim)

 .ok apa tu erk Kalender suku maya nie??????...ermmm tunggu ler entry seterusnya@ korang google lah sendiri..nk smbung study dulu( tiba2 rajinkan mlm thun baru nie...hihhihihi).......semoga kita sentiasa dalam rahmatNYA....AMIN!.....