ASSALAMUALAIKUM

salamzulaikha.blogspot.com

Jumaat, 16 November 2012

LOVE @ CINTA

SALAM......
   ALHAMDULILLAH, sebab Allah S.W.T masih memberikan nafas untuk kita hidup di muka bumi ini, merasai nikmatnya dan mampu melihat apa yang terjadi. Hari nie walaupun penat masih tidak hilang kerana perjalanan hampir 8 jam dari Kuala Terengganu ke UKM, dan assignment pun masih berlambak tak siap tapi tangan nie masih gatal nak update blog..hehehehe ( yelah nie kan hobi)

 hari nie rasanya tulis tentang cinta, yelahkan setiap manusia yang manusia yang normal memerlukan cinta...apakah itu cinta? bagaimana cinta boleh wujud? persoalan tu sering bermain di fikiran kita kan, terutamanya macam aku ni yang masih belum bercinta..cehhhhhhhhh

CINTA ITU BERMULA DARIPADA PANDANGAN SETERUSNYA TURUN KE HATI....selepas itu wujudlah perasaan suka, minat, sayang dan mahu memiliki orang yang kita sukai itu dan perasaan itu mestilah ikhlas, kalau tak ikhlas bukan dipanggil cinta, cinta nie wujud apabila seseorang tu bertemu dengan seseorang yang dia minati dari semua sudut, bukan sahaja, luaran malahan dalaman seseorang, apabila sudah cinta kita menerima segala baik dan buruk orang yang kita cintai itu....

apabila wujud perasaan cinta, kita akan cuba memperbaiki segala kekurangan diri agar nampak sempurna, walaupun kata orang biarlah kita menjadi diri kita sendiri barulah kita tahu dia tu ikhlas @ tak dengan kita, tapi bagi aku kita harus memperbaiki diri kita menjadi lebih baik. kalau dulu tak tutup aurat, apabila berjumpa dengan orang yang kita cintai kita berubah kepada tutup aurat, mungkin itulah permulaan kita berhijrah, walaupun orang kata kita kena ikhlas kerana Allah, tapi mungkin DIA mengutuskan orang yang kita cintai untuk mengubah diri kita menjadi lebih baik...insyallah :)

dan yang penting jangan jadikan cinta sebagai yang mungkar dengan menghalalkan segala yang haram , hanya kerana mabuk cinta, tapi jadikan cinta sesuatu yang indah, bermulanya sebuah hubungan yang halal dengan ikatan perkahwinan. jauhilah cinta nafsu kerana ia tidak kekal, sebaliknya ia hanya akan merosakkan diri sendiri. dan lelaki yang baik tak akan membiarkan wanita yang dicintai dinodai, disakiti dan hilang maruahnya...

oleh itu, pilihlah pasangan yang beriman, jangan pandang rupa@ harta kerana semua itu tidak boleh membawa kita kepada kebahagian dunia dan akhirat.....yang paling penting pilihlah pasangan yang boleh membawa kita kepada syurga bukan membawa kita kemusnahan hati dan akidah.....
cintailah orang yang cinta kita..insyallah kita akan bahagia...sentiasalah berdoa kepada Allah agar di kurniakan pasangan yang beriman! 
 AMIN !
  Salam Maalhijrah untuk semua umat islam :)
dan disamping kita bergembira tu, titipkanlah doa kepada umat islam yang berada di GAZA..semoga mereka tabah menghadapi segala ujian ini...INSYALLAH!