ASSALAMUALAIKUM

salamzulaikha.blogspot.com

Sabtu, 3 November 2012

AKU TERIMA NIKAHNYA

salam...hari nie boleh jugak tulis blog..bukannya xde keje hari nie cuma kemalasan telah melanda diri sejak semalam lagi, walhal kerja bertimbun tapi malas nak belek..huhuhu....lagipun hari nie kan last cuti esk dah start belajar balik..so manfaatkan hari ini dgn aktiviti yg boleh mendatangkan mood nak study and siapkan assigment sampai muntah...hahahahah.....semalam selepas discussion Bj aku balik terus download movie...hahaha ( sebenarnya baru semalam belajar bagaimana nak download movie melalui ddmf...hihiiihi) , biasalah orang buta it..hahahah...selepas penat mendownload dalam pukul 3 pg xleh tido so utk menghilangkan semua perasaan yg bersarang dalam diri aku pun bukak lah filem baru yg terhangat dipasaran sekarang nie iaitu "Aku Terima Nikahnya'....filem ini sebuah lagi filem terbitan Metrowealth Pictures ( MIG), dan ia filem pertama arahan Eyra Rahman...filem ini menampilkan pelakon-pelakon yang sangat hebat iaitu Adi Putra ( JOHAN) , Nora Danish ( ARLISA), Mon Ryanti ( SURIYA) dan ramai lagi pelakon hebat.


Filem ini mengisahkan kisah cinta sepasang suami isteri iaitu JOHAN dan ARLISA yang berkawen atas dasar cinta dan apa awal perkahwinan mereka sangat bahagia namun semua itu berubah sekelip mata selepas JOHAN terlibat dengan kemalangan jalan raya semasa dia berjogging. selepas tersedar daripada koma JOHAN tidak mengingati langsung siapa dia ARLISA sehinggakan ARLISA terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk memulihkan kembali hubungan mereka. keadaan mereka bertambah buruk apabila JOHAN mula terpikat dengan SURIYA iaitu kawan baik kepada ARLISA. selepas ARLISA mencuba mengembalikan ingatan JOHAN tentang dirinya, dengan membawa JOHAN makan di tempat JOHAN pernah melamarnya, membawa JOHAN ke tempat indah yang mereka selalu pergi, tapi semua itu gagal ingatan JOHAN masih tidak pilih akhirnya ARLISA mengambil keputusan untuk berundur daripada kehidupan JOHAN. Akhirnya JOHAN  ingat balik segala saat indah antara mereka berdua selepas ARLISA keluar daripada rumah itu.  Dan kisah antara mereka ini berakhir dengan kebahagian.
 Pada pandangan aku cerita lebih best daripada cerita ombak rindu, lakonan semua pelakon sangat mantap berbanding filem ombak rindu yang aku fikir orang ramai tengok pun sebab Aaron Aziz yang berlakon, kalau orang lain yang berlakon pasti filem tu tak laku...pemilihan tempat dalam filem ni sangat sesuai dan ia membuatkan kita sendiri terasa ingin kesana, sebab tempat-tempat shooting sangat cantik..dialog-dialog mereka pun sangat best, sweet jer....
aku percaya semua wanita selepas menonton filem nie pasti mengimpikan kehidupan bahagia seperti pasangan ini, jalan cerita filem ni jugak sangat baik, iaitu tak ada masa nak bosan , sebab semuanya garapan cerita nie hampir sempurna...
bermulanya konflik dalam cerita ini...
aksi mereka berdua pasti mendatangkan cemburu kepada wanita..hahaha

aksi-aksi mereka berdua memang agak melampau dalam filem ini, tapi cerita ini mengisahkan cerita suami isteri jadi aksi-aksi yang dipaarkan sangat sesuai untuk menunjukkan bahawa pasangan tersebut sangat bahagia....

apa pun aku rasa filem ni mampu meraih pingat dan menjadi filem yang mendapat kutipan tertinggi. dan pasti cerita ini akan ditonton berulang kali..................................
kepada yang tak tengok lagi..cerita nie memang best giler... :)