ASSALAMUALAIKUM

salamzulaikha.blogspot.com

Selasa, 27 November 2012

SELAMATKAN MEREKA !!

salam..
Akhirnya dapat jugak tulis blog setelah beberapa lama tak tulis....hari nie aku nak tulis pasal penyanyi kesayangan aku..sebenarnya cerita nie dah lama aku nak tulis tapi asyik tangguh sebab busy dengan benda lain..biasalah dah nak akhir sem nie....
aku nak cerita pasal Faizal tahir nak lelong semua trofi yang pernah dia menangi sejak 6 tahun dalam industri hiburan untuk membantu rakyat Palestin di Gaza....pada pandangan aku Ft memang prihatin dengan nasib yang menimpa rakyat Palestin kerana selama ini dia pernah menjadi duta bersamamu ke Pelestin lagipun ayah dia sendiri iaitu Dr.Tahir merupakan orang kuat Aqsa Syarif.....tapi bila menjadi seorang artis nie bila buat sesuatu yang baik ada je manusia yang kritik kata Ft  nie saja je nak famous balik sebab tu timbulkan isu baru, tapi pada aku ia tak menjadi masalah asalkan niat semuanya ikhlas...sepatutnya langkah ini bukan sahaja diambil oleh Ft saja tapi oleh artis lain untuk membantu warga palestin di Gaza yang sentiasa ditindas dan dibedil oleh pihak Israel tanpa belas kasihan, walaupun genjatan senjata telah dilakukan mereka masih lagi diperlakukan sedemikian rupakan, jadi ini memang tanggungjawab kita untuk membantu membebaskan mereka dan bagi bantuan keperluan hidup kepada mereka untuk mereka meneruskan di bumi Allah ini.
kepada sesiapa janganlah memberi pandangan sinis apabila ada manusia lain yang ikhlas membantu mereka, sebaliknya anda haruslah mengambil peranan, kalau tak berkemampuan dari segi wang ringgit kita boleh sentiasa mendoakan mereka bebas daripada Zionis Israel..insyallah jika semua umat islam mendoakan perkara yang sama Zionis Israel boleh musnah....dan antara langkah untuk memusnahkan mereka ialah  dengan meninggalkan segala produk daripada Israel, mungkin bukan secara mendadak tapi cubalah secara perlahan-lahan insyallah kita pasti boleh hidup tanpa produk dari mereka, ini salah satu cara kita memprotes mereka......
  but tell me, how many minutes does it takes for u to vote for me? Honestly 5 mins? ok
STOP volting for me n take tht time to pray for Gaza...( ini merupakan salah satu tweet Ft)
walaupun faizal tak menang apa-apa hadiah untuk AIM dan Shout Award tapi kami semesta Faizal Tahir sangat berbangga dengan Ft...insyallah kita turut membantu mencari sumbangan untuk disumbangkan kepada raktat Palestin di Gaza..sebaenarnya bukan sahaja di Gaza tapi masih banyak tempat lagi umat islam ditindas dan dibunuh seperti DIROHINGNYA, SYRIA........
oleh itu gunalah keupayaan kita untuk membantu mereka, insyallah mereka akan selamat,,sentiasalah berdoa untuk mereka...
ini antara doa yang boleh kita amalkan untuk mendoakan umat islam yang ditindas, diseksa dan dibunuh diseluruh dunia..Insyallah !



sentiasalah berdoa agar mereka bebas daripada neraka dunia itu....sama-samalah kita umat islam bersatu hati mendoakan mereka....

Jumaat, 16 November 2012

LOVE @ CINTA

SALAM......
   ALHAMDULILLAH, sebab Allah S.W.T masih memberikan nafas untuk kita hidup di muka bumi ini, merasai nikmatnya dan mampu melihat apa yang terjadi. Hari nie walaupun penat masih tidak hilang kerana perjalanan hampir 8 jam dari Kuala Terengganu ke UKM, dan assignment pun masih berlambak tak siap tapi tangan nie masih gatal nak update blog..hehehehe ( yelah nie kan hobi)

 hari nie rasanya tulis tentang cinta, yelahkan setiap manusia yang manusia yang normal memerlukan cinta...apakah itu cinta? bagaimana cinta boleh wujud? persoalan tu sering bermain di fikiran kita kan, terutamanya macam aku ni yang masih belum bercinta..cehhhhhhhhh

CINTA ITU BERMULA DARIPADA PANDANGAN SETERUSNYA TURUN KE HATI....selepas itu wujudlah perasaan suka, minat, sayang dan mahu memiliki orang yang kita sukai itu dan perasaan itu mestilah ikhlas, kalau tak ikhlas bukan dipanggil cinta, cinta nie wujud apabila seseorang tu bertemu dengan seseorang yang dia minati dari semua sudut, bukan sahaja, luaran malahan dalaman seseorang, apabila sudah cinta kita menerima segala baik dan buruk orang yang kita cintai itu....

apabila wujud perasaan cinta, kita akan cuba memperbaiki segala kekurangan diri agar nampak sempurna, walaupun kata orang biarlah kita menjadi diri kita sendiri barulah kita tahu dia tu ikhlas @ tak dengan kita, tapi bagi aku kita harus memperbaiki diri kita menjadi lebih baik. kalau dulu tak tutup aurat, apabila berjumpa dengan orang yang kita cintai kita berubah kepada tutup aurat, mungkin itulah permulaan kita berhijrah, walaupun orang kata kita kena ikhlas kerana Allah, tapi mungkin DIA mengutuskan orang yang kita cintai untuk mengubah diri kita menjadi lebih baik...insyallah :)

dan yang penting jangan jadikan cinta sebagai yang mungkar dengan menghalalkan segala yang haram , hanya kerana mabuk cinta, tapi jadikan cinta sesuatu yang indah, bermulanya sebuah hubungan yang halal dengan ikatan perkahwinan. jauhilah cinta nafsu kerana ia tidak kekal, sebaliknya ia hanya akan merosakkan diri sendiri. dan lelaki yang baik tak akan membiarkan wanita yang dicintai dinodai, disakiti dan hilang maruahnya...

oleh itu, pilihlah pasangan yang beriman, jangan pandang rupa@ harta kerana semua itu tidak boleh membawa kita kepada kebahagian dunia dan akhirat.....yang paling penting pilihlah pasangan yang boleh membawa kita kepada syurga bukan membawa kita kemusnahan hati dan akidah.....
cintailah orang yang cinta kita..insyallah kita akan bahagia...sentiasalah berdoa kepada Allah agar di kurniakan pasangan yang beriman! 
 AMIN !
  Salam Maalhijrah untuk semua umat islam :)
dan disamping kita bergembira tu, titipkanlah doa kepada umat islam yang berada di GAZA..semoga mereka tabah menghadapi segala ujian ini...INSYALLAH!



Khamis, 8 November 2012

HAPPY HOLIDAY

salam.......:) 

Hari nie dah start cuti sem..semua kawan-kawan dah balik kampung..sedihhhhhhhhnya aku jer duk sini lagi...huhuhu..xpe zulaikha sabar kau pun akan balik jgk kan....heehhehe...yeayyyy xsabar nak tunggu mlm ahad nie coz aku akan pulang..hahaha..kepada yang tak pulang tu jangan sedih2 ye....aku balik lambat nie bukan apa sebab aku nak siapkan kerja yang berlambak nie..kalau balik rumah sure xbuat punya...hihihi....

aku tulis hari nie sebab nak ucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar UKM dan kawan-kawan yang duk dekat U lain tu ye....cuti nanti bolehlah kita jumpe yer..hehehe.....kepada yang balik kampung tu jagalah diri dan selamat menyiapkan segala assignment yer......take care dekat kampung tu ye.....dan kepada yang tak balik jgn sedih2 tau..... 


seterusnya nak ucapkan selamat hari deepavali kepada semua masyatakat india di Malaysia terutama sekali kepada cikgu-cikgu dan kawan-kawan semua...jagn lupa bawak maruku tau lepas cuti nanti..hehehe....semoga kalian semua gembira menyambutnya dengan kaum family :)

selamat menyambut awal muharram jugak kepada semua umat islam pada 15 november  ini iaitu xsampai seminggu lagi..mungkin inilah masanya kita berhijrah menjadi manusia yang lebih baik..insyallah.......

 

   YEAYYYYYYYYYY

Rabu, 7 November 2012

#$$^^(**)*&@$&_)(*&^%%$##

STRESS

BOSAN

PENAT

SEMUA BERCAMPUR DALAM SATU APABILA KENA SIAPKAN  SEMUA ASSIGMENT......
YA ALLAH BANTULAH HAMBA MU INI..SEMOGA SEMUANYA BERJALAN DENGAN LANCAR.AMIN 


              

Sabtu, 3 November 2012

AKU TERIMA NIKAHNYA

salam...hari nie boleh jugak tulis blog..bukannya xde keje hari nie cuma kemalasan telah melanda diri sejak semalam lagi, walhal kerja bertimbun tapi malas nak belek..huhuhu....lagipun hari nie kan last cuti esk dah start belajar balik..so manfaatkan hari ini dgn aktiviti yg boleh mendatangkan mood nak study and siapkan assigment sampai muntah...hahahahah.....semalam selepas discussion Bj aku balik terus download movie...hahaha ( sebenarnya baru semalam belajar bagaimana nak download movie melalui ddmf...hihiiihi) , biasalah orang buta it..hahahah...selepas penat mendownload dalam pukul 3 pg xleh tido so utk menghilangkan semua perasaan yg bersarang dalam diri aku pun bukak lah filem baru yg terhangat dipasaran sekarang nie iaitu "Aku Terima Nikahnya'....filem ini sebuah lagi filem terbitan Metrowealth Pictures ( MIG), dan ia filem pertama arahan Eyra Rahman...filem ini menampilkan pelakon-pelakon yang sangat hebat iaitu Adi Putra ( JOHAN) , Nora Danish ( ARLISA), Mon Ryanti ( SURIYA) dan ramai lagi pelakon hebat.


Filem ini mengisahkan kisah cinta sepasang suami isteri iaitu JOHAN dan ARLISA yang berkawen atas dasar cinta dan apa awal perkahwinan mereka sangat bahagia namun semua itu berubah sekelip mata selepas JOHAN terlibat dengan kemalangan jalan raya semasa dia berjogging. selepas tersedar daripada koma JOHAN tidak mengingati langsung siapa dia ARLISA sehinggakan ARLISA terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk memulihkan kembali hubungan mereka. keadaan mereka bertambah buruk apabila JOHAN mula terpikat dengan SURIYA iaitu kawan baik kepada ARLISA. selepas ARLISA mencuba mengembalikan ingatan JOHAN tentang dirinya, dengan membawa JOHAN makan di tempat JOHAN pernah melamarnya, membawa JOHAN ke tempat indah yang mereka selalu pergi, tapi semua itu gagal ingatan JOHAN masih tidak pilih akhirnya ARLISA mengambil keputusan untuk berundur daripada kehidupan JOHAN. Akhirnya JOHAN  ingat balik segala saat indah antara mereka berdua selepas ARLISA keluar daripada rumah itu.  Dan kisah antara mereka ini berakhir dengan kebahagian.
 Pada pandangan aku cerita lebih best daripada cerita ombak rindu, lakonan semua pelakon sangat mantap berbanding filem ombak rindu yang aku fikir orang ramai tengok pun sebab Aaron Aziz yang berlakon, kalau orang lain yang berlakon pasti filem tu tak laku...pemilihan tempat dalam filem ni sangat sesuai dan ia membuatkan kita sendiri terasa ingin kesana, sebab tempat-tempat shooting sangat cantik..dialog-dialog mereka pun sangat best, sweet jer....
aku percaya semua wanita selepas menonton filem nie pasti mengimpikan kehidupan bahagia seperti pasangan ini, jalan cerita filem ni jugak sangat baik, iaitu tak ada masa nak bosan , sebab semuanya garapan cerita nie hampir sempurna...
bermulanya konflik dalam cerita ini...
aksi mereka berdua pasti mendatangkan cemburu kepada wanita..hahaha

aksi-aksi mereka berdua memang agak melampau dalam filem ini, tapi cerita ini mengisahkan cerita suami isteri jadi aksi-aksi yang dipaarkan sangat sesuai untuk menunjukkan bahawa pasangan tersebut sangat bahagia....

apa pun aku rasa filem ni mampu meraih pingat dan menjadi filem yang mendapat kutipan tertinggi. dan pasti cerita ini akan ditonton berulang kali..................................
kepada yang tak tengok lagi..cerita nie memang best giler... :)