ASSALAMUALAIKUM

salamzulaikha.blogspot.com

Isnin, 31 Disember 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2013!

                             
SALAM....Alhamdulillah pejam celik pejam celik hari nie dah tahun baru, sekejap jer kan masa berlalu.....banyak lagi benda yang tak tercapai tahun lepas........makin meningkat lagi ler usia kita yer :(.....sedih sebab banyak lagi impian yg tidak tercapai....ermmm apa pun hidup harus diteruskan...perkara yang membuatkan kita sedih, marah @ tak puas hati baik kita lupakan, tutup buku lama bukak buku baru.......impian baru @impian yg masih tidak tercapai masih boleh kita tunaikan di tahun 2013, Insyallah!
yang penting tahun 2013 aku nak jadi lebih baik dr tahun 2012!!!!...
Dan kedatangan tahun 2013 nie maka  berakhirlah kepercayaan sesetengah manusia yang percaya bahawa tahun 2012 dunia akan kiamat, sejak beberapa tahun kebelakangan ni kita tgok ramai yg percaya akan kenyataan tu kan..lebih-lebih lagi ada mereka yg sedang menghasilkan filem kiamat maya ...kerana terlalu ramai yg percaya akan cerita itu...maka ada yg mengambil kesempatan...huhuhuhu
mereka percaya bahawa 21 Disember 2012 dunia bakal kiamat!iaitu mereka yang percaya kpd kalender suku maya...sehingga semasa 21 disember menghampiri mereka yang mempercayainya tak makan minum kerana takut dunia akan kiamat dan ada yg nak bunuh diri....orang islam pun ada yg percaya kenyataan ini, sepatutnya kita hanya percayakan Allah S.W.T bukannya kalender maya nie......kan dlm Al-Quran dah jelas mengatakan bahawa tdpt tanda-tanda kecil dan besar sebelum berlakunya kiamat!....kalau kita lihat tanda-tanda kecil kiamat dah byk berlaku jadi hanya Allah S.W.T yg tahu bila berlakunya kiamat.( nie sekadar peringkatan dan pengetahuan kita bersama)

                        TANDA-TANDA BESAR KIAMAT!
     Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”.

Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat“.

Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya“. Kemudian beliau menyebutkannya:

  • Asap,
  • Dajjal,
  • Binatang,
  • terbit matahari dari tempat tenggelamnya,
  • turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
  • Yakjuj dan Makjuj,
  • tiga kali gempa bumi, sekali di timur,
  • sekali di barat dan
  • yang ketiga di Semenanjung Arab
  • yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R. Muslim)

 .ok apa tu erk Kalender suku maya nie??????...ermmm tunggu ler entry seterusnya@ korang google lah sendiri..nk smbung study dulu( tiba2 rajinkan mlm thun baru nie...hihhihihi).......semoga kita sentiasa dalam rahmatNYA....AMIN!.....

   

Ahad, 30 Disember 2012

:(((((

salam..alhamdulillah akhirnya sampai jugak dkt UKM nie...tdi bertolak pukul 9.30pagi sampai kul 6.30ptg..huhuhuhu letih giler dalam bas, tdi xsenang duduk atas bas, asyik fikir bilalah nk smpai niekan..tiba-tiba je deman bgun pagi tdi ikutkan xsedap badan malas jer balik UKM hari nie, tpi tiket bas dah beli jadi terpaksalah balik jugak..ermmm.dalam bas tdi Tuhan je tahu bertapa sakitnya badan aku nie kalau boleh nk berguling je dlm bas tu..huhuhu...tp alhamdulillah akhirnya sampai jugak k bilik nie, blhlah tidokan..nak exam nie boleh plaklah deman..nielah akibatnya xingat dunia main hujan mse dkt kmpung...:(
nie pun still pening..harap dapatlah study walaupun deman...semoga aku cepat sembuh sebelum exam nnti..xnak deman mse exam....setakat nie jelah entry kali nie xlarat nk tulis byk2 walaupun byk benda aku nk kongsi...selamat berstudylah yer kpd sesiapa yg exam..GOOD LUCK..esk entry tahun baru ;) insyallah

Sabtu, 22 Disember 2012

BOIKOT ISRAEL

SALAM.....ermmm sementara menunggu pukul 8.30 mlm yg masih lambt lagi tu utk aku balik kmpung, aku pun updatelah blog niekan..kalau nk study mse nie mmg bukan aku lah tu..hahahaah...tapi blurr jgk nk update apakan,..huhuhuhu..akhirnya setelah terbaca tentang Palestin, apa salahnya aku tulis pasal Barangan yang menyokong Israel, kita sebagai umat islam seharusnya mengelakkan diri drp menggunakan barangan nie kerana kalau kita guna barangan nie samelah kita menyokong penindasan israel terhadap umat islam kan..:(
tapi aku tengok masyarakat  malaysia sekarang mcm xde kesedaran langsung tentang nie, apakah mereka mmg tak tahu? @ xnak ambik tahu @ mereka dah tahu cuma bt apa nk sokongkan sebab tak kena batang hidung sendiri mcm yg terjadi di Palestin...ermmm tu semua hak masing2 kan, tapi pd aku kalau blh elak baik elak......
nie aku senaraikan barangan yg kalau boleh elak kita elak untuk gunakannya @ makan@ meminatinya kerana penggunaan produk2 nie mcm kita menyalurkan duit kita utk memusnahkan saudara seislam kita tanpa kita sedarinya..kerana barangan nie menyokong israel..!


                                    
                                        Kelab Bolasepak Arsenal adalah antara senarai produk Israel terbaru yang perlu diboikot. Ini kerana skuad Arsenal adalah menyokong dasar Israel dalam keganasan terhadap Palestin.
Dan selamat memboikot barangan Israel terutamanya MCd tukan yg mmg kita suka makan...dan selamat study kpd mreka yg nak exam tukan....and selamat pulang ke kampung :)


Jumaat, 21 Disember 2012

HAPPY STUDY WEEK :)

salam.....
Alhamdulillah akhirnya segala tugasan untuk sem nie dah siap, tadi aku sent last assignment utk sem nie..Alhamdulillah!..harap semuanya xde masalah....tggu 2 minggu lagi nak exam...sekarang study week....xsabar nak tggu exam lepas tu blh enjoy kejap balik kampung ....tapi aku berdebar giler n exam nie harap aku dapat jawab n baik..AMIN!
pejam celik dah habis sem nie...sekejap jer masa berlalu kan....huhuhu....dan sepanjang sem nie banyak pengalaman aku dapat, ada pengalaman baik dan buruk tapi semua tu telah mengajar aku satu benda iaitu kita harus mencuba semua benda asalkan tidak langgar batas orang islam dan nilai kemanusiaan...:)...kita juga harus sabar menghadapi segala yang berlaku walau apa yang terjadi jangan mudah mengalah dan mengeluh sentiasa ingat Allah S.W.T tidak kira apa yang terjadi....selain itu kita harus fikirkan diri kita dulu sebelum fikirkan orang lain, nak jaga hati kawan sekali pun hati sendiri pun jaga...itu yang aku belajar sepanjang sem nie dan ia sangat berguna buat diri aku agar lebih berhati-hati di masa hadapan  ....tapi alhamdulillah segala urusan dipermudahkan..Alhamdulillah....dan yang paling penting jangan hanya kerana perkara yang remeh temeh persahabatan kita putus begitu sahaja.....:)......sentiasa beringat dengan segala perbuatan kita! cukuplah setakat nie...bak kata kawan aku blog bukan tempat mencarut @ tempat meluahkan perasaan  .....hahahaha
kepada semua kawan-kawan di UKM dan U lain selamat berstudy week yer......selamat menduduki peperiksaan..semoga dapat menjawab soalan dgn baik...:)



Ahad, 16 Disember 2012

FIRST TIME

SALAM.....
        Alhamdulillah petang nie hujan renyai renyai membasahi bumi, aku pulak masih mamai baru bangu tidoq...haahhhah....pagi tadi lepas buat assignment dlm kul 5 pagi baru tidur lepas tu kena bangun plak kul 8 pagi sebab ada CAR WASH yang memang annoying tu kan...huhuhu.....ada ke bt masa nie dahlah kerja berlambak masa nie...yelah dah hujung sem kan..lain kali prihatin lah sket jgn fikir anda je duk wt thesis kan kita orang nie mmg tak xde kuliah n assignment kan!!!!!!!!!!..sabor je zulaikha kalau tak kerana semua nie dpt markah aku tak kan join..huhuhuhu...dulu aku masuk nie sebab nak timba pengalaman, dan aku mmg suka masuk event mcm nie..tapi bila diorang tak fikir baik buruk sebelum bt sesuatu aku pun meluat giler...huhuhu
          aku tulis petang nie bukannya nak luahkan perasaan k nak mengutuk orang tapi nak promote iklan terbaru daripada kami...hahahaha...sebenarnya ada kami buat satu iklan untuk subjek MEDIA GLOBAL...nie first time bt iklan tau...so mstill belajar..so masih banyak mutu persembahan yg perlu kami perbaiki..walau apa pun aku harap kepada sesiapa yg menonton iklan nie terhibur dan faham akan cerita  yang cuba kami sampai.....untuk itu aku sertakan sekali LINK  iklan tu.. :)
       
                                          https://www.youtube.com/watch?v=4gYxUHEyNlQ
                                             

LAVINA chocolate - So Good it Can't Be Described!!!


Ahad, 9 Disember 2012

ISTANBUL AKU DATANG

SALAM...
.yeayyyyyyyy aku baru habis tengok cerita Istanbul Aku datang..
.filem nie dah lama tayang tapi hari nie baru terbukak hati nak tengok..motiff sangatkan...hahahhaha....sebelum nie bukan xde masa nak tgok tapi aku nie jenis tak suka tengok cerita dalam laptop....nak gi tgok dekat panggung memang taklah kan...malam nie setelah siap assignment walaupun tak siap semua lagi,, tapi utk release kan stress nie aku pun try lah bukak filem nie..org kata best filem nie so aku pun nak tgok lah kan....dan pada pendapat aku cerita nie sweet sangat..:)....suka sangat dengan para pendukungnya......kenalah dgn watak dan pelakon tu...
cerita nie mengenai watak Dian seorang blogger yang pergi ke istanbul semata-mata untuk jumpa dengan teman lelakinya iaitu Azad, dan dia akan cuba apa cara untuk menyuruh Azad bertunang dengannya kerana dia tak mahu tunggu Azad melamarnya selepas Azad habis belajar kerana lambat lagi....hahhahah
tapi setelah dia pergi sana, Azad cuba menjauhinya kerana alasan sibuk belajar, sehinggakan Dian terpaksa pindah ke rumah lain kerana teman lelakinya tak suka dia tinggal disitu sebab Dian sorang jer perempuan, tetapi setelah pindah perkara lebih buruk telah terjadi bila Dian kena terima kenyataan yg housemate dia seorang lelaki bernama Haris, Dian sebenarnya telah ditipu oleh seorang lelaki yg mendakwa dia anak kepada pemilik rumah itu, oleh kerana tiada wang lagi utk sewa rumah lain dia terpaksa bertahan utk tinggal disitu walaupun dia terpaksa menipu pakwenya dia menyewa dgn wanita...
                                            Dian sanggup pergi ke Istanbul hanya kerana cintakan Azad <3

.selepas beberapa lama akhirnya terjadi sesuatu peristiwa yang telah merubah segalanya..kepada sesiapa tak tengok lagi bolehlah tengok siapakah yang menjadi pilihan Dian untuk mengambil gambar pengantin di Istanbul itu apakah Azad@Haris!...filem nie simple but nice and sweet...dan yg penting lokasi cerita ni semua dekat Istanbul....dan filem ni jugak tidak membariskan begitu ramai pelakon just beberapa orang je tapi semuanya hebat.....
filem nie arahan Bernard Chauly dan barisan pelakonnya ialah Lisa Surihani, Tomok, Beto Kusyairi, Aizat dan beberapa orang lagi...

                                          suka dengan lakonan mereka yang bersahaja <3

Isnin, 3 Disember 2012

STRESS BAGAIMANA PETANDANYA

SALAM........
sejak akhir-akhir nie semuanya kerja nak cepat sebab beberapa minggu lagi dah nak study week lepas tu exam...masa nielah banyak assignment yang selama nie kita ambik sambil lewa tiba-tiba minggu depan kena submit so kena rushing nak siapkan semuanya....masa nie dahlah banyak assignment baru datang, perbentangan pun ada, aktiviti koko pun banyak semuanya dalam satu masa..dulu masa kita bersenang lenang xde plak kan semua nie datang...biasalah adat belajar kan..so mesti kita penat akhirnya stress dengan semuanya..lebih-lebih lagi masa nie lah laptop nak rosak..adoii boleh jadi giler tu.......
Di sini saya ingin berkonsgsi bagaimana untuk mengetahui bahawa kita stress....( dapat dari pakar motivasi ni)

Adakah anda semua mengalami semua nie :P?
1. Gejala stress mental – Lemah perhitungan, masaalah ingatan, kurang upaya tumpuan, hanya nampak yang negatif, resah dan berfikiran kelamkabut, selalu risau.
2. Petanda stress emosional  moody, rasa rimas dengan masaalah, kurang ceria, mudah marah, cepat meradang, susah nak releks, rasa terpencil dan kesorangan, murung dan tak gembira.
3. Tanda fizikal stress – sakit anggota, tegang bahu dan leher, pening dan pinar, hilang daya seks, kerap demam atau sakit, ceret beret atau sembelit, sakit dada, degupan jantung leju.
4.  Gejala stress terhadap tingkah laku – Makan berlebihan atau hilang selera, mengasingkan diri dari orang lain, terlalu banyak atau terlalu kurang tidur, suka menunda kerja atau tidak menunaikan tanggungjawab, menggunakan rokok, dadah atau alkohol untuk releks, tabiat gemuruh seperti mengigit kuku atau  kepak jari.
Dan kepada sesiapa yang mengalami perkara diatas bolehlah mencari pelbagai cara untuk menanganinya.....sebenarnya stress nie boleh berpunca daripada pelbagai cara..mungkin kita suka buat kerja last minit jadi ia menjadi satu beban yang berat apabila masa nielah semu kerja nak kena siap dalam satu masa, sedangkan masa kita sehari 24 jam jer..tak termasuk buat perkara lain lagi kan..sebab tu kita selalu rasa yg masa berlalu terlalu cepat tapi kerja tak siap lagi.....oleh sebab itu cuba elakkan diri daripada melakukan perkara last minit barulah tak tertekan untuk menyiapkan segala assignment...
untuk itu saya sediakan beberapa tip yang mungkin berguna untuk kita menangani stress ( sy selalu merujuk tip nie apabila stress) :
1) sentiasa bersangka baik dengan Allah S.W.T..pasti kita akan rasa tenang.
2) selalu berdoa kepada Allah S.W.T terutamanya semasa kita susah hati.
3) dan sentiasalah bersangka baik..jika kita selalu curiga, tak percaya pasti hati kita tak tenangkan.
4) sentiasalah yakin dengan diri kita sendiri, pasti kita tak stress terutamanya bile time buat kerja kan jangan bandingkan diri kita dengan orang lain, kalau kita bandingkan dengan orang lain pasti kita rasa rendah diri...yakin yg kita lakukan cara kita orang lain cara mereka sendiri..so jadilah diri sendiri.
5seterusnya bersenam, sebenarnya bersenang boleh menghilangkan tekanan diri..selain ia menyihatkan..
6) dan menangis sepuas hati juga boleh menghilangkan segala keserabutan yang bermain di minda dan hati kita..oleh itu untuk meredakan perasaan tekanan kita boleh menangis..insyallah selepas menangis kita akan berasa tenang.
sebenarnya banyak lagi tip-tip cara tangani stress tapi tip di atas ialah cara yg selalu sy gunakan untuk hilangkan stress terutamnya sekarang time byk assigment yg perlu disiapkan....dan tulis blog dan baca blog juga cara saya menangani stress,,,,oleh itu kepada sesiapa yg ada masalah tekanan kerana byk sangat kerja ambil sedikit masa untuk melakukan perkara yg kita suka..insyallah segala masalah akan selesai....Amin !