ASSALAMUALAIKUM

salamzulaikha.blogspot.com

Khamis, 9 Mei 2013

:(


Assalamualaikum :) semoga hari ini kita mendapat rahmat NYA dan sentiasa mendapat hidayah utk berubah. walaupun kebelakangan ini busy dengan assignment yang berlambak xsiap lagi tpi tetap ada masa nak update blog nie..sebab blog nie salah satu tempat saya luahkan segala masalah, biar apa orang nak ckp pasal blog nie sy xpeduli sebab sapa suruh bce kan...kuikuikui
4 mei  baru-baru nie balik kampung lagi, yeayyy sebb nak mengundi, excited giler nak mengundi sebab first time..hehehe.apa pun selain balik kerana nk mengundi saya balik sebab rindu giler n ayah n adik sy dekat kampung..huhuhuhu..walaupun xpuas balik sebab sekejap sangat tp sekurang-kurangnya terubat rindu kepada mreka , harap2 jiwa lbih tenang sket...
apabila balik kampung pasti rasa rindu kpd arwah emak semakin kuat, hari-hari ingat dekat dia walaupun tengah buat keje, kadang-kadang seharian tak boleh buat keje sebab sedih teringatkan arwah  walaupun dah 2 tahun dia meninggalkan kami tapi rasa mcm dia ada je lagi...kalau dulu masa awal2 duduk ukm kalau kol ayah pasti tanya mak mane ayah sebab tak rasa pun dia dah meninggalkan kami...tapi ayah selalu pesan kalau ingat dkt mok setiap mlm sebelum tido sedekahkan Al-fatihah semoga roh dia tenang dkt sana...
sebenarnya tak puas lagi hidup dengan mak sebab dia meninggalkan kami cepat sangat, waktu dia sakit pun kami tak puas jaga dia sebab dia sakit selepas 3 bulan dia meninggalkan kami..yang paling sedih sebab masa emak meninggal aku baru dapat result stpm dia tak sempat pun tgok saya masuk U...yg tu sedih sangat sebab dia memang nak tgok sy masuk U...tp tak sempat :(
sedih sangat bila baca dalam akhbar ada yang sanggup abaikan ibubapa diorang semata-mata kerana duit dan sibuk kerja sedangkan ibubapa dulu tak pernah merungut walaupun penat menjaga kita...korang yang masih ada ibubapa beruntung sangat sebab sy umur 19 tahun emak dah xde xsempat nak bermanja lagi...ada yang lebih pentingkan kekasih berbanding ibubapa yg tu sy paling pantang dengar, dulu pernah saya marah kawan saya sebab dia asyik dengar ckp pakwe dia je, sampaikan emak suruh balik pun xnak sebab pakwe suruh jgn balik..apelah pakwe kau ke bagi duit selama nie, emak kau kan..huhuhuhu,....jangan kerana duit, orang lain dan sibuk dengan hal dunia kita lupa ibubapa kita, dengarlah ckap diorang selagi diorang hidup kalau diorang dah tak de kita pasti rindu dengan segala bebelan diorang....
sempena bulan mei nie sya ucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu di seluruh dunia..hargailah ibu anda semoga dia meningglkan kita! hiraukan typo...

Jumaat, 26 April 2013

proses belajar :) jgn cepat melatah dgn masalah and karenah manusia!

Assalamualaikum..dh lama xjenguk blog nie rsenya sebab busy sangat dengan kelas, assignment dan aktiviti2 sebagai seorang pelajar...sem nie sangat heavy sebab banyak subjek, tesis and aktiviti kokurikulum yang perlu di penuhi utk grad nnti....hihihihi
sebenarnya masa nie sangat stress dgn pelbgai assignment xsiap lagi ia ditambah lagi dgn  subjek2 yg heavy sem nie...tp yang paling stress mesti kerja group kan sebab perlu mengadap karenah manusia yang perlbagai contoh xdatang kelas kalau bersebab xpe dimaafkan, lambat dlm buat kerja esk kena siap benda tu hari nie baru bincang..bile meeting nak balik cepat menyampah tau, ingat i xde keje ke u je ad..tolonglahhhhhh fikir org lain ingat kau tu satu kump bukan tugasan individu..suruh cri org pun susah..mcm mne tu...org buat kerja bukan main komen tp suruh buat heehhh aku xreti r....pastu lepas tangan mcm tu je...bukan nak belajar k apa, lepas bodoh mcm tu je,..adoiii i kisah pun buat semua tu sorang2 tau ( nasib bukan semua mcm tu-kalau x entahlah mcm mnekan)......tp nie kan group sayang oiiiiii ......bukan nk cakap saya bagus tp kerja group mesti bagi komitmen sepenuhnya baru program berjaya tau....kalau mcm ni kalau kerja hampeh nnti jgn nanges lah weii...lepas nie dah tahu nak group n sapa..cewaaahhh mcm lah ada yg nak group n kau Zulaikha oiiii..hehehheheeh
tahun nie rasanya first time hdpi semua nie..rsenya Tuhan nak bagi peluang kpd hambanya ini utk belajar n bersungguh2 dan kenal n karenah manusia yg pelbagai...tp sy bersyukur dan redha dgn setiap yg terjadi sebab pasti ada hikmahnya kan...sy dapat belajar semua sem nie,....:) alhamdulillah walaupun selalu penat dan menanges...tiba2 kn nak beremosikan..kuikuikui tp yg pasti sy belaja sesuatu yg berharga mungkin sem2 lepas sy terlalu bergantung kpd org lain..tp sem nie sy akan cuba belajar berdiri sendiri..insyallah :)
maaf jika entry nie membuatkan anda terasa @ meluat is ok sebab nie blog saya so suke hati saya lah kan...hahahhahah...
selalulah muhasabah diri, jangan fikir kita jer bagus dan orang lain tak bagus....keep the faith..happy sebab dapat tahu Faizal Tahir baca blog nie..hehehehehe...dia tanya blog nie mmg crte pasal dia je ke...saya ckplah blog nie tempat sya tulis apa yg sy suke(luahan perasaan) dan sy nakkk promosi Faizal Tahir kalau boleh diseluruh dunia..sebab suara ft sedap..heheheh...terima kasih ft kerana membuatkan hari saya ceria..hehehehehe....semoga ft bahagia disamping family tersayang dan teruskan berkarya :)

Khamis, 11 April 2013

yang mana satu :) tepuk dada tanyalah akal

sempena PRU yang semakin hangat sekarang nie, yelahlah 5 Mei 2013 niekan hari mengundi (hari yg ditunggu2-sebab first time mengundi) nak crite sket pasal kena paksa mengundi nie...
mggu niekan cuti so sy pun baliklah kmpung, tiba-tiba seluruh kuala terengganu tu dah xmcm negeri dah mcm kedai kain adorlah..yelah kiri kanan perang bendera udah bermula...xtahan tu ayah yang tengah drive tu ckp akak kena balik mengundi tahun nie sebab bapak saudara  dah sponsor tiket pergi dan balik mengundi (i pun apa lagi syoklah kan..hihihi) mksudnya sy balik dpt tiket free nnti....apa lagi tersengih memanjanglah kan...tp spoil  lah plak sepupu si kecik tu ckp kau wajib mengundi parti tut (yelah bapak saudara  saya akan bertanding mejadi calon parti tut-so dia dah bagi tiket free i pun kena undi dialah,xleh undi yg satu lagi)...ok terus down..hahahahaa..nie mcm kena paksa plakkan...bukan undi tu rahsia ker..heheheeheh...
bukan senangkan nak memangkah undi nie rupanya..

Jumaat, 5 April 2013

salam.......akhirnya setelah sekian lama menunggu akhirnya Faizal tahir kuar kan album ketiga yang bertajuk
" Faizal Tahir" album ketiga ini dilancarkan pada 31 mac 2013 lalu di perkarangan tempat letak kereta di jom heboh, Plaza Angsana Johor Bharu...album baru ini memuatkan 10 buah lagu elektronik rock...
antara 10 buah lagu yang dimuatkan dalam album Faizal Tahir ini ialah :


 album ini berisiko tinggi kerana Faizal pertama kali mengeluarkan album berkonsepkan  elektronik rock spenuhnya dan konsep muzik seperti ini hanya dikeluarkan oleh Mizz Nina je sebelum nie, so ini merupakan percubaan berani beliau..dan bagi pendapat saya sebagai peminat dia lagu2 dlm album ini the best
lirik dan lagu dalam semua karya beliau dan rakan baik beliau sangat kreatif dan mempunyai makna yang mendalam......... so harap faizal terus maju jaya dan jangan lupa buat showcase di serata negeri terutamanya di selangor..hihihi (lme kot xjmpe ft :( )

 
 jangan lupa dapatkan album Faizal Tahir yang mempunyai karya-karya hebat dan ada sesuatu yang istimewa di dalam album tu..hanya sesiapa yg beli album nie je thu..so kepada semua semesta jangan lupa dapatkannya secepat mungkin sebelum terlambat :)

Rabu, 20 Mac 2013

semangatku :(

ASSALAMUALAIKUM.............
     Ya Allah perasaan rasa mcm tak menentu je sejak kebelakangan ini, sedih, kecik hati semua ada entah bila semuanya akan berakhirnya ( tak sabar nak habis sem nie ), sayu jer rasa macam tak bersemangat langsung..banyak tekanan dalaman kebelakangan ini yang perlu dihadapi...mungkin orang lain nampak ct mcm  biasa jer tapi hakikatnya hanya mampu sembunyikan segala kesedihan menerusi senyuman yang penuh dengan kepalsuan....tapi ct kena kuatkan hati agar menerima segala yang berlaku dengan tabah, yang pasti segala ujian yang diberikan pasti ada hikmahnya..mungkin kita tak dapat rasainya tp suatu hari nnti siapa tahukan............
buat masa nie hanya roomate kesayangan jer tahu segalanya..terima kasih sangat pada dia sebab sudi dengar segala masalah ct,...:(..bukan xde kawan lain tapi entahlah rasa mcm xpyh berkongsi kot dengan diorang bkn diorang faham pun kan.,....
sem nie rasanya paling mencabar sekali..sem nie banyak sgt dugaan giler tak banyak kan...sem nie lah handset rosak, duet hilang, benda tu ini hlag ( kalau cket xpe nie beratus kot) adoiii dugaan betul dahlah kena pakai byk duit sem nie,...sabor jelah..nasib ada roomate yg byk membantu dan sudah semestinya ayah dgn adik kesayanganku....nasib diorang faham...huhuhu...
tp segala yang terjadi tu mengajar aku tentang sesuatu..aku dah tahu erti apa itu sahabat @kawan, siapa yang boleh dijadikan kawan baik dan dengan orang yang tak payah kawan langsung ( sebab bt menyemak jerrr).....hakikatnya hanya keluarga jer yg ada bersama kita susah dan senang kan...kalau kawan tu masa senang ramai, kawan nak enjoy ramai sgt tapi kalau mse kita perlukan seorang kawan hanya kawan yang betul2 baik jer yang sudi mendengar dan membantu kita..( itulah yg aku belajar kebelakangan ini)
apa pun aku redhai dengan segala yg terjadi ia mengajar erti hidup agar pandai memilih dan berhati-hati selepas nie...dan sejak kesmua kejadian ini terjadi, cepat jer terasa hati dengan sesiapa jer,..entahlah kenapa....dengan kawan2 n lecture sekali ( motifkannn)..siapa yg cari pasal pasti diremove friends..hehehehe...apa pun yang berlaku kita kena teruskan hidup inilah masanya aku buktikan aku boleh berjaya dalam hidup....aku tak akan harapkan sesiapa lagi..aku janji aku tak akan pedulikan apa yang orang kata...biarlah aku menangis sendiri.....:)
terima kasih kepada sesiapa yang sudi bersama ct saat ct sedih, menangis, susah dan ada masalah.. korang semangat ct....sejak kebelakangan ini ct rindu sangat arwah emok dah 2 tahun dia tinggalkan kami...selama ini dialah semangat ct, dialah emak, dialah kawan ct yang sentiasa sudi mendengar segala masalah atau apa sahaja..bila dia xde ct hilang satu semangat yg bersama n ct selama ini...:(...