ASSALAMUALAIKUM

salamzulaikha.blogspot.com

Khamis, 8 November 2012

HAPPY HOLIDAY

salam.......:) 

Hari nie dah start cuti sem..semua kawan-kawan dah balik kampung..sedihhhhhhhhnya aku jer duk sini lagi...huhuhu..xpe zulaikha sabar kau pun akan balik jgk kan....heehhehe...yeayyyy xsabar nak tunggu mlm ahad nie coz aku akan pulang..hahaha..kepada yang tak pulang tu jangan sedih2 ye....aku balik lambat nie bukan apa sebab aku nak siapkan kerja yang berlambak nie..kalau balik rumah sure xbuat punya...hihihi....

aku tulis hari nie sebab nak ucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar UKM dan kawan-kawan yang duk dekat U lain tu ye....cuti nanti bolehlah kita jumpe yer..hehehe.....kepada yang balik kampung tu jagalah diri dan selamat menyiapkan segala assignment yer......take care dekat kampung tu ye.....dan kepada yang tak balik jgn sedih2 tau..... 


seterusnya nak ucapkan selamat hari deepavali kepada semua masyatakat india di Malaysia terutama sekali kepada cikgu-cikgu dan kawan-kawan semua...jagn lupa bawak maruku tau lepas cuti nanti..hehehe....semoga kalian semua gembira menyambutnya dengan kaum family :)

selamat menyambut awal muharram jugak kepada semua umat islam pada 15 november  ini iaitu xsampai seminggu lagi..mungkin inilah masanya kita berhijrah menjadi manusia yang lebih baik..insyallah.......

 

   YEAYYYYYYYYYY

Rabu, 7 November 2012

#$$^^(**)*&@$&_)(*&^%%$##

STRESS

BOSAN

PENAT

SEMUA BERCAMPUR DALAM SATU APABILA KENA SIAPKAN  SEMUA ASSIGMENT......
YA ALLAH BANTULAH HAMBA MU INI..SEMOGA SEMUANYA BERJALAN DENGAN LANCAR.AMIN 


              

Sabtu, 3 November 2012

AKU TERIMA NIKAHNYA

salam...hari nie boleh jugak tulis blog..bukannya xde keje hari nie cuma kemalasan telah melanda diri sejak semalam lagi, walhal kerja bertimbun tapi malas nak belek..huhuhu....lagipun hari nie kan last cuti esk dah start belajar balik..so manfaatkan hari ini dgn aktiviti yg boleh mendatangkan mood nak study and siapkan assigment sampai muntah...hahahahah.....semalam selepas discussion Bj aku balik terus download movie...hahaha ( sebenarnya baru semalam belajar bagaimana nak download movie melalui ddmf...hihiiihi) , biasalah orang buta it..hahahah...selepas penat mendownload dalam pukul 3 pg xleh tido so utk menghilangkan semua perasaan yg bersarang dalam diri aku pun bukak lah filem baru yg terhangat dipasaran sekarang nie iaitu "Aku Terima Nikahnya'....filem ini sebuah lagi filem terbitan Metrowealth Pictures ( MIG), dan ia filem pertama arahan Eyra Rahman...filem ini menampilkan pelakon-pelakon yang sangat hebat iaitu Adi Putra ( JOHAN) , Nora Danish ( ARLISA), Mon Ryanti ( SURIYA) dan ramai lagi pelakon hebat.


Filem ini mengisahkan kisah cinta sepasang suami isteri iaitu JOHAN dan ARLISA yang berkawen atas dasar cinta dan apa awal perkahwinan mereka sangat bahagia namun semua itu berubah sekelip mata selepas JOHAN terlibat dengan kemalangan jalan raya semasa dia berjogging. selepas tersedar daripada koma JOHAN tidak mengingati langsung siapa dia ARLISA sehinggakan ARLISA terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk memulihkan kembali hubungan mereka. keadaan mereka bertambah buruk apabila JOHAN mula terpikat dengan SURIYA iaitu kawan baik kepada ARLISA. selepas ARLISA mencuba mengembalikan ingatan JOHAN tentang dirinya, dengan membawa JOHAN makan di tempat JOHAN pernah melamarnya, membawa JOHAN ke tempat indah yang mereka selalu pergi, tapi semua itu gagal ingatan JOHAN masih tidak pilih akhirnya ARLISA mengambil keputusan untuk berundur daripada kehidupan JOHAN. Akhirnya JOHAN  ingat balik segala saat indah antara mereka berdua selepas ARLISA keluar daripada rumah itu.  Dan kisah antara mereka ini berakhir dengan kebahagian.
 Pada pandangan aku cerita lebih best daripada cerita ombak rindu, lakonan semua pelakon sangat mantap berbanding filem ombak rindu yang aku fikir orang ramai tengok pun sebab Aaron Aziz yang berlakon, kalau orang lain yang berlakon pasti filem tu tak laku...pemilihan tempat dalam filem ni sangat sesuai dan ia membuatkan kita sendiri terasa ingin kesana, sebab tempat-tempat shooting sangat cantik..dialog-dialog mereka pun sangat best, sweet jer....
aku percaya semua wanita selepas menonton filem nie pasti mengimpikan kehidupan bahagia seperti pasangan ini, jalan cerita filem ni jugak sangat baik, iaitu tak ada masa nak bosan , sebab semuanya garapan cerita nie hampir sempurna...
bermulanya konflik dalam cerita ini...
aksi mereka berdua pasti mendatangkan cemburu kepada wanita..hahaha

aksi-aksi mereka berdua memang agak melampau dalam filem ini, tapi cerita ini mengisahkan cerita suami isteri jadi aksi-aksi yang dipaarkan sangat sesuai untuk menunjukkan bahawa pasangan tersebut sangat bahagia....

apa pun aku rasa filem ni mampu meraih pingat dan menjadi filem yang mendapat kutipan tertinggi. dan pasti cerita ini akan ditonton berulang kali..................................
kepada yang tak tengok lagi..cerita nie memang best giler... :)




Ahad, 28 Oktober 2012

HAPPY BIRTHDAY SUPERSTAR FAIZAL TAHIR



SalamAlhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis sesuati dalam blog ini, belum terlambat lagi nak ucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua umat islam didunia, semoga kita semua masih mempunyai kesempatan untuk kembali ke jalannya..insyallah….raya korban tahun ini disambut biasa-biasanya jer sebab kebanyakkan saudara pun tak balik jadi kurang meriah sikit, lagipun cuti sekejap je mana sempat jejalan sebab kena siapkan assignment yang akan dihantar selepas pulang bercuti, semoga  Allah memberi kesempatan untuk aku menyiapkannya dengan sempurna….Aminn!! oleh kerana beberapa bulan tak balik rindu giler dengan keropok lekor..hahaha yelah dekat bangi tu mana ada keropok macam dekat Terengganu nie…so mengidam keropoklah pulak tapi nak buat macam mana aku balik lambat jadi keropok yang tempat aku selalu beli tu habis jadi kena tunggu selepas raya…moga adalah kan…..tunggu jelahkan…..kalau xde memang kempunan ler kan….
Tujuan aku tulis blog kali ini juga kerana ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada my superstar dan rockstar iaitu Faizal Tahir, hari ini merupakan birthday beliau yang ke 34 tahun.pejam celik pejam celik dah hampir 6 tahun Faizal berkecimpung dalam dunia seni nie dan selama itulah aku meminati dia..kali pertama aku lihat dia menyanyi lagu mahakarya cinta aku dah jatuh cinta dengan suara dan cara dia menyanyi kerana dia mempunyai cara dia tersendiri.  Aku masih ingat dulu zaman-zaman sekolah hobi aku ialah mengumpul gambar-gambar Faizal Tahir, masa tu banyak giler gambar dia aku kumpul yelah kata peminat fanatic sanggup berhabis duit untuk beli majalah, surat khabar yang ada faizal di dalamnya….hahaha..album dia pun semua aku beli, setiap album yang ada Faizal aku akan beli, ini tanda sokongan aku kepadanya…tapi itu dulu sekarang aku dah tak xde hobi macam tu lagi…Cuma sekarang aku menunggu untuk membeli album ketiga Faizal yang belum keluar-keluar lagi ini…dah lama tunggu xde sebarang berita just keluar 3 single je baru..huhuhu..hope faizal jgn lambat keluarkan album takot nnti ada peminat yang bosan menunggu…
Aku ucapkan happy birthday kepada Faizal Tahir semoga dia dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dalam kehidupan bukan sahaja dalam dunia seni, kami semesta akan sentiasa support Faizal walaupun daripada Faizal, aku ingin sangat buat satu event kumpulkan semua peminat faizal tahir dan jemput Faizal and family join sekali..kalau nak tahu faizal mempunyai ramai peminat yang fanatik, jarang aku lihat artis lain ada peminat macam ni, sanggup habiskan duit semata-mata nak ikut beli semua apa yang Faizal pakai, dan semua benda dalam kehidupan ada kaitan dengan Faizal, aku tak lah mcam tu sgt, just dlm fb jer byk gambar dia..hahaha…apa pun aku sangat bangga menjadi salah seorang peminat faizal..aku doakan faizal bahagia disamping family dia….dan harap dia boleh berkarya selamanya dan kalau dia dah keluar dari dunia seni kami still sokong dia..insyallah..:)
sehingga sekarang aku masih mendengar lagunya hari-hari, ia sebagai semangat untuk aku memulakan hari dan melakukan sesuatu, so aku harap beliau boleh teruskan berkarya menghasilkan lagu-lagu hebat gandingan dia dan audi mok and omar k….aku memang tak sabar nak tunggu album baru Faizal tahir…( baru keluar 3 single yg akan dimuatkan dlm album barunya nnati iaitu, Buta, Antigraviti dan Biar)
   
 happy birthday Faizal Tahir We Truly Love U <3

Ahad, 21 Oktober 2012

Doa Pelindung Daripada Makhluk Halus

Salam...alhamdulillah akhirnya mempunyai kesempatan lagi untuk menulis entry seterusnya, hari nie saya nak tulis pasal doa pendinding daripada makhluk halus..mesti dah ramai yang tahu tapi saya nak kongsi jugak ia sebagai peringkatan buat diri sendiri jgk kan.....sebenarnya banyak amalan yang boleh kita amalkan tapi apa yang saya nak kongsikan nie hanya sebahagian daripada bacaan yang boleh diamalkan, arwah ibu dulu sering ingatkan agar amalkan bacaan ayat-ayat dibawah agar kita dilindungi oleh Nya ..insyallah....

Amalkan bacaan Al-Fatihah sebelum tidur dan selepas bangun tidur.

Amalkan jugak bacaan ayat kursi sebelum tidur
Amalkan bacaan surah Al-Baqarah ( ayat 285-286)
Juga amalkan Surah 3 Qul
ini antara contoh bacaan yang boleh kita amalkan supaya kita jauh daripada makhluk halus itu,ini hanya tawakal kita hanya Allah yang menentukan segalanya......ia boleh diamalkan oleh mereka yang busy kan sebeb ia cuma surah-surah pendek..insyallah sama-samalah kita amalkan....
keep tha Faith and Smile :)